pernahkah awak terfikir..
seorang lelaki yang menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran keseorangan..
pernah tak awak terfikir..
seorang lelaki juga mampu menangis...hatinya mudah terluka
pernah tak awak terfikir...
senyum merupakan salah satu cara untuk menyembunyikan luka di hatinya..
pernah tak awak terfikir...
setiap hari apabila bangun dia merindui keluarganya
pernah tak awak terfikir...
lelaki ini takut menutup matanya setiap hari sebelum tidur kerana dia takut pada esok hari dia mungkin tidak akan dapat melihat dunia.
pernah tak awak terfikir
lelaki ini sentiasa mengharapkan rakannya bahagia supaya mereka tidak mengalami nasib yang sama sepertinya..
pernah tak awak terfikir
setiap masa lelaki ini menangis..tetapi dengan cara yang tersendiri
pernah tak awak terfikir
lelaki ini tidak mementingkan duit sehinggakan dia menghabiskan duitnya untuk orang lain..dia hanya mahu orang lain bahagia dan dia tidak perlukan duit untuk membahagiakannya
pernah tak awak terfikir
setiap malam lelaki ini tertanya adakah ayah dan ibu mengerti bahawa duit yang mereka cari tidak memberi kebahagiaan..lelaki ini perlukan perhatian mereka..itu sahaja..
pernah tak awak terfikir
lelaki ini sangat sedih apabila keluarganya sering mengelak darinya,,,
pernah tak awak terfikir..
adakah lelaki ini bahagia dengan kehidupannya?
pernah tak awak terfikir
lelaki ini tidak mampu berjauhan dengan seorang wanita yang digelar ibu..
pernah tak awak terfikir?.....
pernah?
pernah tak awak terfikir..
lelaki ini mengharap kepada seorang perempuan
adakah perempuan itu nampak betapa pentingnya dirinya terhadap lelaki ini..
pernah tak perempuan ini terfikir bahawa dirinya tidak seperti orang lain..
pernah tak permpuan ini terfikir bahawa dalam hidup lelaki ini cuma ada dirinya selepas keluarga nya jauh..
pernah tak perempuan ini mengetahui berapa lelaki ini mencintai..menyayangi..dan sentiasa berdoa dalam setiap doanya agar perempuan ini menjadi miliknya..kadangkala dia dilukai tetapi dia masih mampu tersenyum..pernah tak perempuan ini menyayangi lelaki ini seperti mana lelaki ini menyayanginya..menjaganya..merinduinya..?..pernah tak perempuan ini mengucapkan sayang walaupun sekali kepada lelaki ini?...tidak ke perempuaan ini tahu..tanpa dia disisi lelaki ini..lelaki ini tidak kuat untuk meneruskan kehidupannya..?...
pernah tidak mereka terfikir mengapa lelaki ini selalu tersenyum..
adakah dia gembira dengan hidupnya..
adakah dia kuat seperti selalu yang diperkatakanya hampir setiap hari kepada semua rakannya
tidak..dia tidak kuat...dia hanya mampu berselindung di sebalik senyuman..tabah menghadapi kehidupannya sedangkan hatinya bagai dikelar beribu bilah pedang..
tetapi...
percayalah sesakit manapun dia..dia tidak akan mengalah..dia akan berjuang demi meneruskan kehidupannya demi menjadi seorang anak dan hamba yang berguna....
walau seperit mana pun penderitaannya..percayalah dia mampu menghadapi semuanya..
selagi tuhan,rakan dan pilihan hatinya,,,menyokongnya...dan sentiasa disisinya....walupun dia sedar dia bukan pilihan..dia bukan yang terbaik..tetapi dia tidak akan pernah mengalah dan akan terus mencuba untuk menjadi yang terbaik...
*sebuah kisah *

No comments:
Post a Comment